Friday, December 24, 2010

Lembutkan Hati, Lembutkan Jiwa...

Salam Ukhwah kepada semua teman2 ku sekalian...
Bersyukur kita kepada Allah, pencipta sekalian makhluk, kita masih bernafas di buminya hari ni....Hari Sabtu, Da Gaji, N MINGGU BZ SEMALAYSIA...hehe...bz untuk parentz yg kena kua beli peralatan untuk anak2 sekolah....nak2 pulak hari weekend...huh....mesti kena banyak bersabar cz kena hadapi org yg berkoyan2 ramainya.....mana ngan jemmed lagi.....belum campur ngan kerenah anak2 lagi....x nak marah2, k.....bagi korang yang kena hadapi ni suma, di harap bertenang....saya ada bekalkan doa pelembut hati buat tatapan n amalan korang suma.... =)





DOA PELEMBUT HATI


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)



Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.


إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

2 comments:

  1. nice entry..yang doa nabi sulaiman tu boleh try semasa peperiksaan juga..=)

    ReplyDelete
  2. bgs ayt ni...leh di amlkn utk mndidik ank2 supaya jd lbh baik...

    ReplyDelete