Tuesday, November 30, 2010

Kemaafan Terindah....


Buatmu Abang...


Sesungguhnya abg telah mencipta kenangan terindah buatku...
Kenangan yg sesungguhnya tidak pernah ku kutip daripada insan lain...
Kenangan yg tidak akan lekang oleh waktu
Dan kenangan tidak pernah mungkin akan ku lupakan....

ABANG...

Aku sedar, aku tidak sempurna....
Aku sedar, aku tidak berdaya.....
Aku sedar, aku lemah.....

Aku banyak menyakitimu....
Aku banyak melukaimu.....
Aku banyak menitiskan air matamu....
Aku banyak menghampakanmu....

Maafkanku, abg...
Maafkan segala kesalahanku padamu...
Maafkan segala kesilapan yg pernah ku lakukan padamu..

Sesungguhnya aku masih mencintaimu....
Masih rindukanmu,
Masih perlukanmu di sisiku....

Tika suka,
Tika duka,
Tika gembira,
Tika derita.....

Tapi, mengapa kau pergi dariku, abg...
Pergi bersama angin lalu....
Pergi bersama kenanganmu bersamaku...
Pergi bersama mahligai yang pernah kau cipta bersamanu....

Abang...

Di sini ingin ku coret kemaafan terindah buatmu...                  
Kemaafan yg benar2 kemaafan....
Kemaafan yang ikhlas dariku....
Kemaafan yg terungkap banyaknya dariku buatmu, abg...

Sesungguhnya aku menyesal atas segala perbuatanku...
Atas segala salah dan silapku...
Atas segala ketelanjuran tutur kataku.....
Atas segala ketelanjuran tingkah lakuku.....

Ya Allah....
Terimalah keampunan drku.....
Terimalah penyesalanku...
Ampunilah dosa2 ku...

Kau peliharalah dirinya...
Kau lindungilah dirinya...
Kerana sesungguhnya aku amat mencintai dan menyayangi dirinya.....
AMIN..

Monday, November 29, 2010

Menangis...biarlah ada ertinya....



Kita sebagai makluk Allah memang tidak lepas dari melakukan sebarang kesalahan...... Dan apabila kita melakukan kesilapan, kita haruslah segera BERTAUBAT....sebagai tanda kita menginsafi kesalahan yg telah kita lakukan....

Namun, adakalanya apabila kita terkenang kembali kesalahan yg telah kita lakukan, kita pasti akan MENAGIS....SETABAH dan SEKUAT, malah SECEKAL sekalipun hati kita pasti akan tersentuh sekurang2 nya....menangis la semahu yg boleh, wahai rakan ku sekalian, jika dengan tangisan itulah yg dapat mengurang dan meredakan hati yg tidak tenteram, selain mengingati Allah (itu yg paling penting)...

SAHABAT SEKALIAN...
Di sini, saya ini berkongsi 10 jenis tangisan daripada Ibnu Qayyim..
Renung2 kan lah wahai sahabatku sekalian, buat penyegar minda dan hidup anda..



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendo nggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” sampaikanlah walau satu ayat” al hadis





Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan    
   tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat 
   amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



Sunday, November 28, 2010

Salam ukhwah..

assalamualaikum...
salam ukhwah...
tiada apa yg ingn dicoretkan kali ini...
hanya untuk berkongsi artikel yang dipetik dari www.iluvislam.com
buat tatapan semua..
=)



Air Mata Tidak Selamanya Abadi
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Icysoul
Editor : Raidah


Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.



A Letter From A Christian to Muslim Women

A Letter From A Christian to Muslim Women
www.iluvislam.com
dihantar oleh: asmath264
editor: deynarashid


I see you as precious gems, pure gold, or the “pearl of great value” spoken of in the Bible (Matthew 13: 45). All women are pearls of great value, but some of us have been deceived into doubting the value of our purity.

Jesus said: “Give not that which is holy unto the dogs, neither cast your pearls before swine, lest they trample them under their feet, and turn again and rend you” (Matthew 7: 6).

Our pearls are priceless, but they convince us that they’re cheap. But trust me; there is no substitute for being able to look in the mirror and seeing purity, innocence and self-respect staring back at you.

The fashions coming out of the Western sewer are designed to make you believe that your most valuable asset is your sexuality. But your beautiful dresses and veils are actually sexier than any Western fashion, because they cloak you in mystery and show self-respect and confidence.

A woman’s sexuality should be guarded from unworthy eyes, since it should be your gift to the man who loves and respects you enough to marry you. And since your men are still manly warriors, they deserve no less than your best.

Our men don’t even want purity anymore. They don’t recognize the pearl of great value, opting for the flashy rhinestone instead. Only to leave her too!

Your most valuable assets are your inner beauty, your innocence, and everything that makes you who you are. But I notice that some Muslim women push the limit and try to be as Western as possible, even while wearing a veil (with some of their hair showing).

Why imitate women who already regret, or will soon regret, their lost virtue? There is no compensation for that loss.

You are flawless diamonds. Don’t let them trick you into becoming rhinestones. Because everything you see in the fashion magazines and on Western television is a lie. It is Satan’s trap. It is fool’s gold.

A Woman’s Heart 

I’ll let you in on a little secret, just in case you’re curious: pre-marital sex is not even that great. We gave our bodies to the men we were in love with, believing that that was the way to make them love us and want to marry us, just as we had seen on television growing up.

But without the security of marriage and the sure knowledge that he will always stay with us, it’s not even enjoyable! That’s the irony. It was just a waste. It leaves you in tears.

Speaking as one woman to another, I believe that you understand that already. Because only a woman can truly understand what’s in another woman’s heart. We really are all alike.

Our race, religion or nationalities do not matter. A woman’s heart is the same everywhere. We love. That’s what we do best. We nurture our families and give comfort and strength to the men we love.

But we American women have been fooled into believing that we are happiest having careers, our own homes in which to live alone, and freedom to give our love away to whomever we choose. That is not freedom. And that is not love.

Only in the safe haven of marriage can a woman’s body and heart be safe to love. Don’t settle for anything less. It’s not worth it. You won’t even like it and you’ll like yourself even less afterwards. Then he’ll leave you.


Self-Denial 

Sin never pays. It always cheats you. Even though I have reclaimed my honor, there’s still no substitute for having never been dishonored in the first place.

We Western women have been brainwashed into thinking that you Muslim women are oppressed. But truly, we are the ones who are oppressed; slaves to fashions that degrade us, obsessed with our weight, begging for love from men who do not want to grow up.

Deep down inside, we know that we have been cheated. We secretly admire and envy you, although some of us will not admit it.

Please do not look down on us or think that we like things the way they are. It’s not our fault. Most of us did not have fathers to protect us when we were young because our families have been destroyed. You know who is behind this plot.

Don’t be fooled, my sisters. Don’t let them get you too. Stay innocent and pure. We Christian women need to see what life is really supposed to be like for women. We need you to set the example for us, because we are lost. Hold onto your purity.

Remember: you can’t put the toothpaste back in the tube. So guard your “toothpaste” carefully! I hope you receive this advice in the spirit in which it is intended: the spirit of friendship, respect, and admiration.

From your Christian sister 'with love

Wahai muslimah..



Wahai muslimah!
Keperibadian mulia seorang wanita menghiasi kehidupannya umpama permata yang indah berkilauan. Sifat kelembutan, penyayang dan penuh kemesraan merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah SWT dalam diri seorang wanita. Begitu juga sifat pengorbanan dan pengabdian yang tersimpan dalam relung kalbunya mampu mempertahankan kedudukannya sebagai seorang insan yang bertaqwa. Jika wanita berpegang teguh dan menjunjung tinggi harkat dan martabatnya, maka ia umpama sekuntum bunga harum mewangi menghiasi taman-taman syurga.
Wahai muslimah!
Wanita solehah akan sentiasa menghiasi kehidupannya dengan bimbingan menuju jalan kebenaran. Mereka sangat merindui kesenangan dan kenikmatan abadi di akhirat. Mereka sentiasa sujud dengan penuh tawaduk merendahkan diri kepadaNya dengan rasa kesyahduan dan keinsafan. Pengabdiannya sebagai seorang hamba Allah dan pengorbanan sebagai seorang insan meletakkan kedudukan wanita ke tahap yang tinggi dan mulia. Sesungguhnya personaliti seorang wanita solehah mampu membentuk dan merubah wajah ummah ke arah yang lebih cemerlang.
Wahai muslimah!
Kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah SWT. Namun, keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya wanita solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia. Hanya yang telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman Syurga.

Wahai muslimah!
Wanita solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah. Jika dia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami. Jika dia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya Wanita Solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Wahai muslimah!
Keredhaan Allah lebih indah daripada permata, lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca. Itulah yang merupakan impian setiap wanita beriman, dalam mencari kebahagiaan hakiki. Wanita solehah merupakan insan yang menghiasi syurga-syurga Ilahi, sebagai harapan dan rindu dendam bagi insan soleh.

Wahai muslimah!
Wanita penghuni syurga adalah wanita yang melengkapkan dirinya dengan ilmu agama, akhlak karimah, budi pekerti yang luhur dan amalan-amalan mulia. Jika telah memiliki pasangan hidup, ia akan berusaha membina rumahtangga ke jalan yang murni dan suci. Sesungguhnya keredhaan suami terhadap isterinya itu merupakan pintu untuk mendapatkan keredhaan Allah yang lebih besar.

Wahai muslimah!
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Wahai muslimah!
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

Nabi S.A.W bersabda, " Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah kenikmatan (perhiasan) dan sebaik-baik kenikmatan (perhiasan) dunia adalah wanita solehah" (HR. Bukhari)

Semoga ALLAh sentiasa menjaga iman kita , meneguhkan hati kita, tetap di jalanNya mengikuti jejak RasulNya, sehingga kita bisa masuk ke dalam syurga ALLAh yang penuh nikmat, kekal abadi selama-lamanya....

Insha'ALLAh, kutujukan khas buat diriku dan juga muslimah seluruhnya....Ameen