Monday, October 24, 2011

BERDOALAH UNTUK IBU BAPA KITA..

Insan bertaqwa ialah insan yang tidak melupakan ibubapa yang telah banyak berkorban. Anak yang soleh lagi taqwa ialah anak-anak yang mengambil berat terhadap ibubapanya, mentaati dan menghormati serta mengasihinya.

Insan bertaqwa juga ialah yang menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga ( kaum kerabat ), sahabat handai,dan sesama Islam dalam ertikata menjaga hubungan persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim.

Sebenarnya amalan mengeratkan silaturrahim bukan sahaja mendapat ganjaran pahala besar, bahkan akan dapat keberkatan hidup dan diperluaskan sumber rezeki.


 Dalil yang menunjukkan yang demikian itu dalah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dimana Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa mahu supaya umurnya panjang dan rezekinya bertambah luas, maka hendaklah ia berbuat baik kepada kedua ibubapanya dan menghubungkan silaturrahim ".


~WALLAHUALAM~

No comments:

Post a Comment